Tuesday, September 18, 2012

Kepentingan Perlindungan Takaful


“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya…………”
(Surah Al-Baqarah ayat 240).

Petikan diatas jelas menunjukkan betapa pentingnya simpanan untuk kita jadikan bekalan kepada mereka yang kita tinggalkan. Ingatlah, terutamanya kaum lelaki, telah menjadi tanggungjawab bagi seorang suami untuk terus bertindak. Mulakan langkah bijak anda untuk mengambil plan takaful yang memberi 'backup' kepada insan yang anda tinggalkan seterusnya dapat menepati suruhan Allah sepertimana di dalam ayat al-Quran di atas.
Jika anda masih ego untuk mendengar kata-kata agen takaful, dengarlah suruhan Allah. Bertindak sementara Allah masih lagi beri anda peluang.