Friday, November 4, 2016

HIBAH: Cara Terbaik Untuk Mengagihkan Harta

Rupanya kalau kita meninggal, rumah tu TAK jadi hak milik penuh isteri kita.

Masa sign agreement rumah, bank wajibkan beli MRTA (insurans rumah). Rumah jadi PERCUMA kalau peminjam mati/cacat kekal.
(Nak senang ingat MRTA = Mati Rumah Tetap Ada)
Bila orangnya mati, rumah memang jadi PERCUMA, tapi harta tu akan dibahagikan ikut FARAID.
Isteri dapat 1/8 bahagian. Kalau rumah apartment harga RM 250,000, isteri hanya dapat RM 31,250.

Oooo gitu. Patutla ramai kawan2 apply Hibah Takaful sekarang ni. Alternatif untuk Faraid.
Serendah rm100 dh boleh hibahkan terus utk yg tersayang RM200k. Tapi bergantung kepada umur dan kelas kerja anda...bolehlah digunakan untuk membayar bahagian dari waris yg lain.

Jom sign up HIBAH

Wednesday, February 25, 2015

RENUNGAN....

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
 Hadis Riwayat Al-Bukhari

Tuesday, February 24, 2015

Daily Hospital Allowance - Testimonial

Assalamualaikum,

Ini ialah cheque salah seorang Klien saya yang dimasukkan ke hospital kerana demam berpanjangan di Hospital Pasir Gudang, Johor. Dapat daily warded allowance RM200 x 3 days = RM600. Kad Medikal beliau tidak ditolak satu sen pun kerana menggunakan Insurance coverage tempat beliau bekerja.




Jika anda berminat untuk dapatkan medical card terbaik di Malaysia ini, sila hubungi saya dengan segera. Terima Kasih.

Monday, February 2, 2015

Plan Takaful Yang Lengkap

Sekadar ringkasan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya. Call/Whatsapp 0194552664

36 Sakit Kritikal

Penyakit kritikal yang akan dilindungi dalam polisi Takafulink/Takafulink Cerdik PruBSN. Senarai ini adalah ringkasan sahaja.Saya nyatakan sekali pernyataan di dalam polisi PruBSN Takaful mengenai pampasan akibat mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.

PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran Lampiran yang mana terkini.

1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER
16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA
30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK
34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA
36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI

Sunday, February 1, 2015

Insurans Pendidikan Anak

Sediakan satu plan simpanan pendidikan untuk cahaya mata anda hari ini dengan memiliki plan dari Prudential BSN takaful serendah rm5/day yg terjamin untuk cahaya mata tercinta.0194552664

Friday, June 20, 2014

Jom Menabung Untuk Pendidikan Anak2.

Simpanan pendidikan amat penting bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik pada masa akan datang. 

Anak-anak adalah bakal pemimpin generasi akan datang. Sudahkah kita menyimpan untuk mereka? Bagaimanakah caranya anda memastikan simpanan mereka dilindungi?

Setiap cara menyimpan mempunyai kelebihan tersendiri, terpulang kepada kita bagaimana kita mencorakkan simpanan tersebut.



Dengan pelan takaful 5 dalam 1 akaun ini, kita boleh memilih untuk meneruskan simpanan dengan PERCUMA sekiranya bapa/ibu meninggal dunia, mengidap penyakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh.

Untuk penjelasan lebih mendalam boleh hubungi saya. 019-4552664

JOM MENABUNG !

Tak Perlu Ambil Insurans

Bismillah,

Bekerjaya sebagai perunding takaful semestinya banyak memberi cabaran kepada diri. Dan sebab itu jugak lah sy pilih ia sebagai kerjaya, bukan kerja separuh masa yang hanya untuk menambah extra income sewaktu bkerja dulu. Hanya untuk mencabar diri sendiri untuk terus menyampaikan pentingnya keperluan takaful untuk semua. 

Namun, ada juga segelintir pihak yang memandang takaful ini bukanlah sesuatu yang perlu "diambil port". Bukan salah mereka, tapi ternyata, keadaan macam tu berlaku jika mereka merasakan yang ia bukanlah sesuatu yang penting bagi diri dan keluarga.

Banyak kes berlaku, pabila sy cadangkan plan insurans yang sesuai, pelbagai alasan yang manis didengar. Tangguh, belum tiba masanya, x ckup bajet, belum bersedia, nk amik 3 bulan lagi dan sebagainya. Jelas sekali, semua tu adalah alasan, bukan penyebab utama mengapa tidak mengambil pelindungan takaful.


Hanya orang yang tergolong dalam gambar ni je yang tidak perlu ambil perlindungan takaful. Adakah anda pun sama? Kalau ya, sy sarankan tak perlu lah mencarum. Nanti "membazir". =D

Sunday, June 15, 2014

TOO MUCH ANALYZE U WILL BECOME PARALYZE.

Apabila diminta membuat keputusan sekarang, ramai orang yang akan memberi alasan,
“Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi…tunggula minggu depan”.
Seminggu telah berlalu dan apabila ditanya lagi, alasan yang sama diberikan....
“Takaful? Saya belum terfikir lagi untuk membeli Takaful”.
Ada juga dimana ramai membuat keluhan....
“Nanti..nantilah..banyak hal lagi nak fikir..lagi banyak kau bercakap lagi pening aku"
….begitulah kata-kata kepada seorang agen takaful. Ada juga beralasan
“Bukan tidak mahu ambil..tapi duit tidak cukup la…tunggu gaji naik lah ye..”.
Beginilah senario yang belaku kebanyakan orang.

Saudara… untuk membeli takaful dan kad perubatan, anda sebenarnya TIDAK PERLU BERFIKIR LAMA-LAMA! !! DAN TIDAK PERLU BERALASAN-ALASAN!!!
Mungkin anda bersikap sebegini kerana anda belum perlukan takaful kerana anda sangka, diri anda kebal atau kuat dan apa yang telah berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda. Atau anda rasakan sakit sihat adalah kerja ALLAH sahaja? YA…saya tidak nafikan…semuanya urusan ALLAH namun ALLAH telah berfirman:
“aku tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mahu berubah” dan nabi bersabda “tambatlah dahulu unta mu itu sebelum kamu bertawakal kepada ALLAH”.
Jelas di sini kita perlu berusaha dahulu sebelum menyerahkan semua urusan kepada ALLAH.
Adakah anda tahu?? Hanya orang yang SIHAT sahaja yang ditawarkan oleh syarikat takaful untuk memiliki pelan tawaran mereka? Jika anda berlengah-lengah…andaikan anda telah diserang penyakit maka anda tidak akan dibenarkan oleh mana-mana syarikat takaful untuk memiliki pelan mereka. Jika anda tidak percaya…PruBSN Takaful telah menolak permohonan kakak saya kerana telah menghidapi penyakit…klik disini untuk pembuktian.
Sebelum kakak saya sedar akan kepentingan takaful serta semasa itu tiada lagi kad perubatan takaful, kakak saya telah menghidapi penyakit dan kini sebanyak DUA kali kakak saya memohon untuk mendapatkan pelan takaful dan kad perubatan daripada PruBSN Takaful dan kedua-duanya diTOLAK. Adakah anda ingin menerima nasib yang saya? Saya tidak sedih dengan situasi kakak saya kerana penyakit yang dihidapinya sejak kecil dan tiada tawaran produk takaful sewaktu itu. Kini anda telah dihidangkan lebih 8 syarikat takaful namun anda sia-siakan..itulah amat menyedihkan saya.
Dan jika anda masih lagi ingin berfikir, sama ada anda perlukan takaful atau tidak, marilah kita sama-sama berfikir secara jujur sekarang!
Tahukah anda, jika anda ingin mendapat rawatan sakit jantung di Institut Jantung Negara adalah RM31,000.00? Dan rawatan 2 bulan sekali berjumlahRM1,000.00? Ini baru jantung tidak lagi kanser.
Jika ini berlaku kepada anda…mari kita sama-sama fikirkan jalan penyelesaiannya…jom…

1. Menggunakan simpanan sendiri?
Berapa banyakkah simpanan yang anda miliki sekarang? Cukupkah simpanan anda itu?
Jika anda baru hendak mula menyimpan, berapa lamakah untuk anda mengumpul wang sebanyak RM31,000.00 itu? Sedangkan anda memerlukan wang tersebut dengan segera! Saya hanya menggunakan contoh rawatan RM31,000.00, jangan lupa kos rawatan kanser atau buah pinggang lebih lagi daripada ini…
Anda mungkin akan menyatakan, saya akan membuat simpanan khas untuk rawatan sakit saya dan keluarga saya. Saya ucapkan TAHNIAH kepada anda!!! Harus anda ingat, adakah anda tahu bila anda akan sakit? Mulai bulan ini anda teruskan niat anda…bulan hadapan pasti tidak sakit? Pasti tidak kemalangan? Adakah semua itu hanya akan anda tempuhi selepas simpanan anda banyak? Boleh anda simpan RM500 sebulan untuk tabung rawatan? Saya rasa anda tidak mampu kerana dengan serendah RM100 pun anda berkira dan tidak mahu keluarkan apatah lagi RM500!!! Percayalah…Betul atau tidak?

2. Menjual harta benda?
Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual dengan cepat?
Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya pada harga murah.
Bolehkah hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di mana isteri dan anak-anak anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?

3. Memohon pinjaman?
Adakah pihak bank sudi memberi anda pinjaman, jika sudah sakit kritikal dan tidak lagi berupaya untuk bekerja?
Adakah anda memiliki kawan yang kaya, yang sanggup meminjamkan duit yang banyak kepada anda, tanpa banyak soal?
Siapa sanggup tanggung hutang pinjaman anda, jika anda tidak mampu bayar?
Pepatah yang baik “biarlah bayar bulan-bulan sebelum sakit daripada bayar bulan-bulan selepas sakit…” apa maksudnya? Memang benar pelan takaful perlu komitmen bulan-bulan daripada anda untuk membayarnya..namun ia akan PERCUMA apabila tiba masanya..dan janganlah pula anda membayar bulan-bulan komitmen pinjaman peribadi untuk rawatan sakit anda..ketika ini sakit krtitikal dapat dan “sakit duit” pun dapat..anda pilih lah…jangan terlalu anti dengan bayar bulan-bulan kerana anda mungkin atau pasti alaminya jua nanti…

4. Meminta derma?
Adakah badan kebajikan yang mampu memberi anda wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau kerenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu begitu lama, untuk melakukan kutipan derma sebanyak itu?


Apa lagi yang anda fikirkan?
Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, namun masih ramai yang ingin berfikir panjang untuk mendapatkan perlindungan takaful.
Carilah jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin tanpa menjual harta benda anda atau meminta derma. Jangan biarkan keluarga anda turut sama menderita akibat kedegilan anda sendiri. Milikilah pelan takaful dank ad perubatan serendah RM100 hari ini juga!!!

Dapatkan quotation secara PERCUMA harini. Hubungi saya di talian 0194552664. Shahrul Afzam Mohamad. Prudential Wealth Planner

Wednesday, October 9, 2013

Pilihan Membayar atau FREE?

Assalamualaikum,
Terasa nak kongsikan betapa pentingnya kad perubatan bagi kita semua. Bayangkan, dengan kos perubatan yang makin hari makin meningkat, agak2 mampu ke untuk kita untuk menanggung smua ni? jangan gunakan duit simpaanan kita untuk di"bazir"kan ke arah perubatan. Hari ini, berpuluh2 syarikat insurans yang menawarkan kad perubatan yang mempunyai pelbagai kelebihan.
Sanggup ke kita keluarkan duit simpanan dalam bank yang berpuluh2 ribu ringgit semata2 untuk membayar bil hospital? Duit simpanan dalam bank tu kita simpan mengambil masa bertahun-tahun malah berpuluh tahun. Tapi sekelip mata boleh lenyap.
Tapi yang agak sedihnya, diluar tu masih ramai lagi yang menangguh2, malah terus menolak untuk melengkapkan diri mereka dengan perlindungan takaful. Mungkin Malaysia tak mewajibkan setiap rakyatnya untuk mempunyai Kad Perubatan seperti yang diamalkan oleh negara2 maju.

Setiap manusia, ada pilihan. Guna hak anda untuk memilih pilihan yang lebih tepat.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut
Shahrul Afzam Mohamad
Islamic Financial Planner
0194552664