Bekerjaya sebagai perunding takaful semestinya banyak memberi cabaran kepada diri. Dan sebab itu jugak lah sy pilih ia sebagai kerjaya, bukan kerja separuh masa yang hanya untuk menambah extra income sewaktu bkerja dulu. Hanya untuk mencabar diri sendiri untuk terus menyampaikan pentingnya keperluan takaful untuk semua.
Namun, ada juga segelintir pihak yang memandang takaful ini bukanlah sesuatu yang perlu "diambil port". Bukan salah mereka, tapi ternyata, keadaan macam tu berlaku jika mereka merasakan yang ia bukanlah sesuatu yang penting bagi diri dan keluarga.
Banyak kes berlaku, pabila sy cadangkan plan insurans yang sesuai, pelbagai alasan yang manis didengar. Tangguh, belum tiba masanya, x ckup bajet, belum bersedia, nk amik 3 bulan lagi dan sebagainya. Jelas sekali, semua tu adalah alasan, bukan penyebab utama mengapa tidak mengambil pelindungan takaful.
Hanya orang yang tergolong dalam gambar ni je yang tidak perlu ambil perlindungan takaful. Adakah anda pun sama? Kalau ya, sy sarankan tak perlu lah mencarum. Nanti "membazir". =D

No comments:
Post a Comment